Tuesday, June 21, 2011

MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

LATAR BELAKANG

Memorial ini ditempatkan di bangunan yang asalnya dikenali sebagai 'MALACCA CLUB'. Bangunan ini di bina disekitar tahun 1911 dan seni binanya memperlihatkan ciri-ciri adunan unsur-unsur tempatan dan juga pengaruh British.

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan pada 20hb. Februari 1956 oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Banda Hilir merupakan satu episod sejarah yang penting buat negara ini.

Untuk memperingati kembali peristiwa bersejarah tersebut, kerajaan Negeri melaka telah mengambil alih bangunan ini yang kebetulan terletak berhadapan padang Banda Hilir dan dijadikan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Kerja-kerja pengubahsuaian telah dimulakan pada bulan November 1984 dan pada 31hb. Ogos 1985,  Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dirasmikan di dalam satu majlis yang gilang gemilang oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Memorial ini dikendalikan dan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia.

SUMBER: MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

2 comments: