Thursday, March 10, 2011

BELANJAWAN PANITIA TAHUN 2011

                                Perancangan Perbelanjaan Panitia Sejarah 2011




SMK  TUN  MUTAHIR, 75350, BATU  BERENDAM, MELAKA
PERANCANGAN  PERBELANJAAN PANITIA  SEJARAH TAHUN 2011
Peruntukan : RM 3326.00

                      PENERIMAAN
                  PERBELANJAAN
TARIKH
PERIHAL
AMAUN
TARIKH
PERIHAL
AMAUN
31.12.2010
Baki 2010
  199.20

Feb  2011
Kertas A4 @ 20 rim
160.00
Feb 2011
Peruntukan
2011
3126.80
Feb 2011
Dakwat komputer
150.00



Feb 2011
Marker pen dan refil
100.00




Mac – Okt 2011
Fotostat bahan P & P:
Tingkatan 1   RM 100.00
Tingkatan 2   RM 100.00
Tingkatan 3   RM 150.00
Tingkatan 4   RM 100.00 Tingkatan 5   RM 150.00






600.00



Mac 2011
ABM (Peta)
300.00



April 2011
Lawatan Kembara Sejarah
460.00



 Mei 2011
Program Hadiahku Untukmu
240.00



Mei 2011
Koleksi Soalan PMR tahun lepas
300.00



Jun 2011
Koleksi Soalan SPM tahun lepas
300.00



Jun 2011
Fotostat Soalan negeri lain(Tkn 3)
100.00



Ogos 2011
Hadiah Bulan Merdeka
250.00



Sept 2011
Fotostat Soalan negeri lain (Tkn 5)
100.00











BAKI
266.00


JUMLAH
3326.00

JUMLAH
3326.00

Disediakan oleh : Pn Kok Ah Cheng
Ketua Panitia Sejarah

Wednesday, March 9, 2011

KERJA KURSUS SEJARAH 2011



CONTOH LAMPIRAN SURAT KERJA KURSUS SEJARAH (SILA DAPATKAN SURAT INI DARIPADA GURU ANDA)






                                                      Ruj kami :  SMKTMu/700-7/6/9(      )
Tarikh   :  Februari 2011                                                                             


Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

KERJA KURSUS SEJARAH PMR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa .................................................................... No Kad

Pengenalan ................................................ adalah seorang murid Tingkatan .......................

di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir.  Murid ini dikehendaki menjalankan

kajian luar untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah dalam sukatan pelajaran

Sejarah KBSM.

3.  Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberi

kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

4.  Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

................................
       HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
        PENGETUA,
        SMK TUN MUTAHIR MELAKA,
        BATU BERENDAM,
        MELAKA.

s.k.        Fail panitia




                                              Ruj kami :   SMKTMu/700-7/6/9(      )
                                                                               Tarikh   :          Februari 2011                                                                          


Kepada
Ibu Bapa / Penjaga

Tuan/Puan

Makluman Menjalankan Kerja Kursus Sejarah PMR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa semua murid Tingkatan 3 sekolah ini akan terlibat
dalam projek Kerja Kursus Sejarah untuk Peperiksaan PMR.  Kajian ini adalah
sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah KBSM bagi
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Hasil kerja kursus ini akan dinilai oleh guru.  Bagi tujuan ini, semua murid akan
menjalankan kajian di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan.

4.  Dimaklumkan juga bahawa kajian ini akan dijalankan pada penggal pertama
persekolahan iaitu dari bulan Mac hingga Julai.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,


.................................................
       HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
        PENGETUA,
        SMK TUN MUTAHIR MELAKA,
        BATU BERENDAM,
        MELAKA.

s.k.         Fail panitia


                                                                                             
                                                                                   

.........................................................                             Ruj kami  :  SMKTMu/700/7/6/9(   )
                                                                                      Tarikh       :         Februari 2011
........................................................                             

.........................................................

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.                                                                                               Tarikh : .......................


Puan,

Menjalankan Kajian  Kerja Kursus Sejarah  PMR 21/2

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Saya .......................................................................... No. Kad Pengenalan ......................

........................... bapa/ibu/penjaga kepada ......................................................... murid

Tingkatan ................................... dengan ini bersetuju melibatkan anak saya dalam kajian

Kerja Kursus Sejarah PMR.

3.  Saya dimaklumkan bahawa guru Sejarah akan mengawasi pengendalian kajian ini.

4.  Saya juga faham bahawa segala perbelanjaan dan keselamatan  anak saya semasa

menjalankan kajian ini bukanlah di bawah tanggungan pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,


......................................................
(                                                     )





                                                            

Tuesday, February 1, 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH 1/2011

SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA
Bil 1/2011


MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA

TARIKH : 08 Januari 2011
TEMPAT : 5K2
MASA : 10.30 Pagi



KEHADIRAN :


1. Pn. Kok Ah Cheng ( Ketua Panitia )
2. E. Ghafar Bin Yahya ( GPK HEM)
3. En. Muhammad Izuan Bin Rejab ( Setiausaha )
4. En. Chua Kai Huat
5. Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
6. Pn. Pang Fuie Shee
7. Pn. Nur Eleeza Bt. Amir
8. Cik Siti Norhanes Bt. Zailani
9. Cik Sadiah Bt. Kamar


TURUT HADIR

1. Tn. Haji Zolkaply Bin Yunus (Pengetua)
2. Pn. Lim Lay Neo                  (GKPM Kemanusiaan)


TIDAK HADIR

1. Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad -Bertindih mesyuarat Panitia
Kemahiran Hidup
2. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti -Bertindih mesyuarat Panitia
Pendidikan Seni Visual




AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan semua ahli panitia. Pengerusi juga mengalu-alukan guru- guru baru yang mengajar sejarah.

2.0 Pelantikan Setiausaha
Pengerusi turut memaklumkan bahawa Panitia Sejarah masih belum
mempunyai setiausaha yang baru. Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
mencadangkan En. Muhammad Izuan Bin Rejab dilantik menjadi
setiausaha yang baru. Cadangan dipersetujui oleh En. Chua Kai Huat
dan En. Ghafar Bin Yahya.
Tindakan : Makluman Semua

3.0 Ucapan Pengetua

Tuan Pengetua meminta Panitia Sejarah menjana ke arah inovasi yang
lebih mantap. Tuan Pengetua meminta segala minit mesyuarat dan
surat panggilan mesyuarat dihantar menerusi E-Mail mulai detik
ini. Segala pemilihan tarikh mesyuarat harus dipantau supaya tidak
berlaku pertindihan dengan mana-mana panitia yang menjalankan
mesyuarat pada masa yang sama.Setiap guru Panitia Sejarah diminta
untuk memikirkan cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar
terhadap matapelajaran ini. Setiap panitia mesti membina blog
panitia mulai tahun ini. Satu pertandingan blok antara panitia
akan diadakan.
. Tindakan : Makluman Semua

4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Keempat 2010

4.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Kali Keempat 2010. En.Chua Kai Huat mengesahkan minit
tersebut dan disokong oleh En. Ghafar Bin Yahya.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

5.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Kali Keempat 2010

5.1 Pengerusi membangkitkan perkara 7.3 di dalam minit bahawa
program perkembangan staf akan terus dijalankan. Hal ini
akan dilaksanakan oleh Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
untuk memberi pendedahan mengenai teknik penandaan kertas
peperiksaan SPM kepada guru-guru matapelajaran Tingkatan 4
dan 5. Pelaksaan program ini akan dimulakan pada bulan
Februari sebelum Ujian Berkala 1.
Tindakan : Cik Azizi@Nor Azizi Bt. Mahmood


6.0 Perkara Yang Dibincangkan :

6.1 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan PMR 2010
a) Peratus lulus PMR 2010 berbanding PMR 2009

*Rujuk jadual Post Mortem Keputusan PMR Tahun 2010 Bagi
Sejarah di halaman utama.


b)Peratus pelajar mendapat ‘A’ adalah sebanyak 12.7 %
dengan bilangan seramai 37 orang.

c)Bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), secara
keseluruhannya kualiti GPMP meningkat dari 3.32 pada tahun
2009 kepada 3.31 pada tahun 2010

d) Seorang pelajar bernama Anthony John A/L Johnson dari
Tingkatan 3I tidak mendapat “Straight ‘A’s” kerana
matapelajaran Sejarah. Hal ini adalah disebabkan TOV
berdasarkan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 2 agak
lemah. Selain itu, bagi ujian selaras, peperiksaan
pertengahan tahun dan percubaan yang dilakukan hanya
berada pada tahap gred C dan D walaupun telah dinasihati
dan dibimbing oleh guru serta kekurangan minat terhadap
matapelajaran sejarah. Seramai 7 orang pelajar gagal satu
matapelajaran iaitu sejarah.

e) Kekuatan :
• Latih tubi yang lebih banyak dan terancang
• Kelas tambahan diberi kepada pelajar dari bulan
Februari sehingga September
• Soalan peperiksaan percubaan negeri lain dan
soalan peperiksaan PMR tahun lepas diberikan
sebagai latihan tambahan.
• Kualiti pelajar baik dan bermotivasi.


f) Kelemahan :
• Penguasaan Bahasa Melayu sangat lemah dalam
kalangan pelajar kelas hujung.
• Masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah.
• Banyak soalan peperiksaan PMR berbentuk KBKK.

g) Strategi :
• Menghabiskan sukatan pelajaran selewat-lewatnya
pada bulan Julai.
• Memberi latih tubi terancang berdasarkan tajuk-
tajuk kecil.
• Mengadakan kelas tambahan
• Memberi soalan peperiksaan percubaan PMR negeri
lain dan soalan peperiksaan sebenar sebagai latih
tubi tambahan.
Tindakan : Makluman Semua

6.2 Perancangan Panitai Sejarah / Program Inovasi

6.2.1 Pn. Kok Ah Cheng memaklumkan Panitia Sejarah mesti
menyediakan satu blog sebagai sumber rujukan
dan hal ini disokong oleh semua ahli panitia yang
hadir.
Tindakan : Muhammad Izuan Bin Rejab

6.2.2 Pengerusi memaklumkan guru-guru sejarah memasukkan
nota pembelajaran, latihan pengukuhan dan contoh
skrip jawapan yang baik ke dalam blog yang telah
dibuat. Semua guru bersetuju dengan cadangan ini.
Tindakan : Makluman Semua

6.2.3 En. Chua Kai Huat mengemukakan pandangan agar nota
pembelajaran disampaikan dalam bentuk kreatif seperti
penggunaan peta minda. Cadangan ini dipersetujui oleh
semua hadirin.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.2.4 Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood memberi pendapat
untuk diadakan satu bengkel teknik menjawab soalan
sejarah dengan tema ”Menuju Ke Puncak Jaya”dan
disokong oleh semua hadirin.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.2.5 En. Chua Kai Huat mencadangkan dibuat satu Program
Kembara Sejarah untuk menarik perhatian pelajar
terhadap nilai sejarah tanah air dan kawasan tumpuan
adalah di Melaka.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

6.3.1 Pengerusi meminta guru-guru mengemaskini Rancangan
Pelajaran Tahunan 2011. Berikut merupakan guru-guru
yang ditugaskan untuk menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan Sejarah 2011 :

a) Tingkatan 1 : Cik Sadiah Bt. Kamar
b) Tingkatan 2 : Pn. Pang Fuei Shee
c) Tingkatan 3 : Pn. Kok Ah Cheng
d) Tingkatan 4 & 5 : Cik Azizi @ Nor Azizi
Bt. Mahmood/
En. Chua Kai Huat
Tindakan : Guru-guru Sejarah Terpilih

6.3.2 Pengerusi memaklumkan jadual penyediaan soalan akan
disediakan dan diberi tidak lama lagi. Bagi guru yang
ingin menggunakan modul pembelajaran Tingkatan 1 dan
3 boleh mendapatnya daripada beliau. Selain itu,
bagi setiap tingkatan diwajibkan memiliki dua buah
buku iaitu satu untuk nota dan satu untuk latihan.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.4 Qnet Panitia Sejarah

6.4.1 Pengerusi menyatakan Program Qnet wajib dilaksanakan
dari Tingkatan 1- 5.

6.4.2 Pengerusi menyatakan Target Qnet 2011 akan
dimaklumkan oleh setiausaha peperiksaan.

6.4.3 Penyelaras tingkatan perlu menyediakan Qnet
tingkatan masing-masing.
Tindakan : Guru Sejarah Terpilih

6.5 Belanjawan 2011

6.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki di dalam simpanan
Panitia Sejarah yang bakal dicampur dengan peruntukan
akan datang adalah sebanyak RM 3500.00 (anggaran).
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

6.5.2 Pengerusi meminta pendapat untuk membelanjakan
peruntukan kewangan dengan bijak. Berikut merupakan
cadangan yang akan dipertimbangkan :

a) En. Chua Kai Huat mencadangkan agar disediakan
peruntukan untuk membeli buku latihan ataupun
modul latihan dan pen marker beserta refil.

b) Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood mencadangkan
ditambah Bahan Bantu Mengajar seperti cakera padat.

c) Pn. Kok Ah Cheng mencadangkan peruntukan akan
disediakan untuk guru-guru mencetak atau fotostat
bahan pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi meminta bahawa setiap penyelaras tingkatan perlu
memastikan Rancangan Pelajaran Tahunan 2011 telah
disediakan,menyediakan Program Qnet dan Post Mortem ujian
dan peperiksaan serta menitikberatkan penjagaan ABM
tingkatan masing-masing. Berikut merupakan penyelaras
tingkatan yang telah dipertanggungjawabkan :

a) Tingkatan 1 : Cik Siti Norhanes Bt. Zailani
b) Tingkatan 2 : Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti
c) Tingkatan 3 : En. Muhammad Izuan Bin Rejab
d) Tingkatan 4 : Cik Azizi @ Nor Azizi Bt.
Mahmood
e) Tingkatan 5 : Cik Sadiah Bt. Kamar
Tindakan : Guru-guru Sejarah Terpilih

7.2 Pengerusi memaklumkan bahawa di dalam simpanan Panitia
sejarah terdapat buku komik pengajaran Tingkatan 1 dan 3.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penyediaan folio bagi
Tingkatan 3 adalah wajib manakala Tingkatan 1 dan 2 pula
diberi 10 markah yang akan dicampur dengan markah
Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan :Pn. Kok Ah Cheng

7.4 En. Ghafar Bin Yahya meminta supaya Pn. Kok Ah Cheng
memberikan buku naskah contoh kepadanya sebagai rujukan.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.5 Pengerusi menyatakan bahawa Panitia Sejarah menghadapi
masalah tenaga pengajar sehingga guru bukan opsyen terpaksa
mengajar kelas sejarah. Pengerusi memaklumkan En. Kamarudin
yang berpengalaman sebagai guru sejarah harus diberi peluang
mengajar Sejarah. Pengerusi akan berbincang dengan GKMP
tentang hal ini.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

8.0 Penutup

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang
diberikan oleh guru sepanjang mesyuarat berlangsung.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh : Muhammad Izuan Bin Rejab
Setiausaha Panitia Sejarah

Tarikh : 08 Januari 2011