Tuesday, February 1, 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH 1/2011

SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA
Bil 1/2011


MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA

TARIKH : 08 Januari 2011
TEMPAT : 5K2
MASA : 10.30 Pagi



KEHADIRAN :


1. Pn. Kok Ah Cheng ( Ketua Panitia )
2. E. Ghafar Bin Yahya ( GPK HEM)
3. En. Muhammad Izuan Bin Rejab ( Setiausaha )
4. En. Chua Kai Huat
5. Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
6. Pn. Pang Fuie Shee
7. Pn. Nur Eleeza Bt. Amir
8. Cik Siti Norhanes Bt. Zailani
9. Cik Sadiah Bt. Kamar


TURUT HADIR

1. Tn. Haji Zolkaply Bin Yunus (Pengetua)
2. Pn. Lim Lay Neo                  (GKPM Kemanusiaan)


TIDAK HADIR

1. Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad -Bertindih mesyuarat Panitia
Kemahiran Hidup
2. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti -Bertindih mesyuarat Panitia
Pendidikan Seni Visual




AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan semua ahli panitia. Pengerusi juga mengalu-alukan guru- guru baru yang mengajar sejarah.

2.0 Pelantikan Setiausaha
Pengerusi turut memaklumkan bahawa Panitia Sejarah masih belum
mempunyai setiausaha yang baru. Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
mencadangkan En. Muhammad Izuan Bin Rejab dilantik menjadi
setiausaha yang baru. Cadangan dipersetujui oleh En. Chua Kai Huat
dan En. Ghafar Bin Yahya.
Tindakan : Makluman Semua

3.0 Ucapan Pengetua

Tuan Pengetua meminta Panitia Sejarah menjana ke arah inovasi yang
lebih mantap. Tuan Pengetua meminta segala minit mesyuarat dan
surat panggilan mesyuarat dihantar menerusi E-Mail mulai detik
ini. Segala pemilihan tarikh mesyuarat harus dipantau supaya tidak
berlaku pertindihan dengan mana-mana panitia yang menjalankan
mesyuarat pada masa yang sama.Setiap guru Panitia Sejarah diminta
untuk memikirkan cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar
terhadap matapelajaran ini. Setiap panitia mesti membina blog
panitia mulai tahun ini. Satu pertandingan blok antara panitia
akan diadakan.
. Tindakan : Makluman Semua

4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Keempat 2010

4.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Kali Keempat 2010. En.Chua Kai Huat mengesahkan minit
tersebut dan disokong oleh En. Ghafar Bin Yahya.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

5.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Kali Keempat 2010

5.1 Pengerusi membangkitkan perkara 7.3 di dalam minit bahawa
program perkembangan staf akan terus dijalankan. Hal ini
akan dilaksanakan oleh Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood
untuk memberi pendedahan mengenai teknik penandaan kertas
peperiksaan SPM kepada guru-guru matapelajaran Tingkatan 4
dan 5. Pelaksaan program ini akan dimulakan pada bulan
Februari sebelum Ujian Berkala 1.
Tindakan : Cik Azizi@Nor Azizi Bt. Mahmood


6.0 Perkara Yang Dibincangkan :

6.1 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan PMR 2010
a) Peratus lulus PMR 2010 berbanding PMR 2009

*Rujuk jadual Post Mortem Keputusan PMR Tahun 2010 Bagi
Sejarah di halaman utama.


b)Peratus pelajar mendapat ‘A’ adalah sebanyak 12.7 %
dengan bilangan seramai 37 orang.

c)Bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), secara
keseluruhannya kualiti GPMP meningkat dari 3.32 pada tahun
2009 kepada 3.31 pada tahun 2010

d) Seorang pelajar bernama Anthony John A/L Johnson dari
Tingkatan 3I tidak mendapat “Straight ‘A’s” kerana
matapelajaran Sejarah. Hal ini adalah disebabkan TOV
berdasarkan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 2 agak
lemah. Selain itu, bagi ujian selaras, peperiksaan
pertengahan tahun dan percubaan yang dilakukan hanya
berada pada tahap gred C dan D walaupun telah dinasihati
dan dibimbing oleh guru serta kekurangan minat terhadap
matapelajaran sejarah. Seramai 7 orang pelajar gagal satu
matapelajaran iaitu sejarah.

e) Kekuatan :
• Latih tubi yang lebih banyak dan terancang
• Kelas tambahan diberi kepada pelajar dari bulan
Februari sehingga September
• Soalan peperiksaan percubaan negeri lain dan
soalan peperiksaan PMR tahun lepas diberikan
sebagai latihan tambahan.
• Kualiti pelajar baik dan bermotivasi.


f) Kelemahan :
• Penguasaan Bahasa Melayu sangat lemah dalam
kalangan pelajar kelas hujung.
• Masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah.
• Banyak soalan peperiksaan PMR berbentuk KBKK.

g) Strategi :
• Menghabiskan sukatan pelajaran selewat-lewatnya
pada bulan Julai.
• Memberi latih tubi terancang berdasarkan tajuk-
tajuk kecil.
• Mengadakan kelas tambahan
• Memberi soalan peperiksaan percubaan PMR negeri
lain dan soalan peperiksaan sebenar sebagai latih
tubi tambahan.
Tindakan : Makluman Semua

6.2 Perancangan Panitai Sejarah / Program Inovasi

6.2.1 Pn. Kok Ah Cheng memaklumkan Panitia Sejarah mesti
menyediakan satu blog sebagai sumber rujukan
dan hal ini disokong oleh semua ahli panitia yang
hadir.
Tindakan : Muhammad Izuan Bin Rejab

6.2.2 Pengerusi memaklumkan guru-guru sejarah memasukkan
nota pembelajaran, latihan pengukuhan dan contoh
skrip jawapan yang baik ke dalam blog yang telah
dibuat. Semua guru bersetuju dengan cadangan ini.
Tindakan : Makluman Semua

6.2.3 En. Chua Kai Huat mengemukakan pandangan agar nota
pembelajaran disampaikan dalam bentuk kreatif seperti
penggunaan peta minda. Cadangan ini dipersetujui oleh
semua hadirin.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.2.4 Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood memberi pendapat
untuk diadakan satu bengkel teknik menjawab soalan
sejarah dengan tema ”Menuju Ke Puncak Jaya”dan
disokong oleh semua hadirin.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.2.5 En. Chua Kai Huat mencadangkan dibuat satu Program
Kembara Sejarah untuk menarik perhatian pelajar
terhadap nilai sejarah tanah air dan kawasan tumpuan
adalah di Melaka.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

6.3.1 Pengerusi meminta guru-guru mengemaskini Rancangan
Pelajaran Tahunan 2011. Berikut merupakan guru-guru
yang ditugaskan untuk menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan Sejarah 2011 :

a) Tingkatan 1 : Cik Sadiah Bt. Kamar
b) Tingkatan 2 : Pn. Pang Fuei Shee
c) Tingkatan 3 : Pn. Kok Ah Cheng
d) Tingkatan 4 & 5 : Cik Azizi @ Nor Azizi
Bt. Mahmood/
En. Chua Kai Huat
Tindakan : Guru-guru Sejarah Terpilih

6.3.2 Pengerusi memaklumkan jadual penyediaan soalan akan
disediakan dan diberi tidak lama lagi. Bagi guru yang
ingin menggunakan modul pembelajaran Tingkatan 1 dan
3 boleh mendapatnya daripada beliau. Selain itu,
bagi setiap tingkatan diwajibkan memiliki dua buah
buku iaitu satu untuk nota dan satu untuk latihan.
Tindakan : Guru-guru Sejarah

6.4 Qnet Panitia Sejarah

6.4.1 Pengerusi menyatakan Program Qnet wajib dilaksanakan
dari Tingkatan 1- 5.

6.4.2 Pengerusi menyatakan Target Qnet 2011 akan
dimaklumkan oleh setiausaha peperiksaan.

6.4.3 Penyelaras tingkatan perlu menyediakan Qnet
tingkatan masing-masing.
Tindakan : Guru Sejarah Terpilih

6.5 Belanjawan 2011

6.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki di dalam simpanan
Panitia Sejarah yang bakal dicampur dengan peruntukan
akan datang adalah sebanyak RM 3500.00 (anggaran).
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

6.5.2 Pengerusi meminta pendapat untuk membelanjakan
peruntukan kewangan dengan bijak. Berikut merupakan
cadangan yang akan dipertimbangkan :

a) En. Chua Kai Huat mencadangkan agar disediakan
peruntukan untuk membeli buku latihan ataupun
modul latihan dan pen marker beserta refil.

b) Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood mencadangkan
ditambah Bahan Bantu Mengajar seperti cakera padat.

c) Pn. Kok Ah Cheng mencadangkan peruntukan akan
disediakan untuk guru-guru mencetak atau fotostat
bahan pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi meminta bahawa setiap penyelaras tingkatan perlu
memastikan Rancangan Pelajaran Tahunan 2011 telah
disediakan,menyediakan Program Qnet dan Post Mortem ujian
dan peperiksaan serta menitikberatkan penjagaan ABM
tingkatan masing-masing. Berikut merupakan penyelaras
tingkatan yang telah dipertanggungjawabkan :

a) Tingkatan 1 : Cik Siti Norhanes Bt. Zailani
b) Tingkatan 2 : Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti
c) Tingkatan 3 : En. Muhammad Izuan Bin Rejab
d) Tingkatan 4 : Cik Azizi @ Nor Azizi Bt.
Mahmood
e) Tingkatan 5 : Cik Sadiah Bt. Kamar
Tindakan : Guru-guru Sejarah Terpilih

7.2 Pengerusi memaklumkan bahawa di dalam simpanan Panitia
sejarah terdapat buku komik pengajaran Tingkatan 1 dan 3.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penyediaan folio bagi
Tingkatan 3 adalah wajib manakala Tingkatan 1 dan 2 pula
diberi 10 markah yang akan dicampur dengan markah
Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan :Pn. Kok Ah Cheng

7.4 En. Ghafar Bin Yahya meminta supaya Pn. Kok Ah Cheng
memberikan buku naskah contoh kepadanya sebagai rujukan.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

7.5 Pengerusi menyatakan bahawa Panitia Sejarah menghadapi
masalah tenaga pengajar sehingga guru bukan opsyen terpaksa
mengajar kelas sejarah. Pengerusi memaklumkan En. Kamarudin
yang berpengalaman sebagai guru sejarah harus diberi peluang
mengajar Sejarah. Pengerusi akan berbincang dengan GKMP
tentang hal ini.
Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng

8.0 Penutup

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang
diberikan oleh guru sepanjang mesyuarat berlangsung.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh : Muhammad Izuan Bin Rejab
Setiausaha Panitia Sejarah

Tarikh : 08 Januari 2011

2 comments:

  1. Satu perkongsian yang sangat baik. Jika lebih baik jika rancangan atau sukatan dapat di download oleh semua rakan2.Begitu juga dengan semua perkonsian ilmu.

    Jika banyak memberi, banyaklah kebaikan kita peroleh. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi singgah di blog ini... semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua...
    'sharing is caring'

    -DhiaMuhd-

    ReplyDelete